Luahan Perasan Nabila Huda Di Instagram Terhadap Hubungannya Bersama Nas-T.


Adakah hubungan pelakon Nabila Huda dan Nas-T sudah berakhir? 

Ini adalah gambar dari Instagram Nabila Huda yang mungkin ingin menjelaskan status hubungan mereka.


Tiada angin, tiada ribut, sebuah foto yang dimuat naik di akaun Instagram milik Nabila Huda yang lebih kepada luahan perasaan terhadap hubungannya bersama Nas-T mengundang tanda tanya.

Berdasarkan apa yang ditulis, boleh ditafsirkan hubungan keduanya seperti sudah berakhir atau dalam erti kata lain, putus cinta.

"Saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Lebih baik bertanyakan sendiri kepada Abil. Cuma apa yang boleh saya katakan, apa yang ditulis itu terlalu ikut perasaan.

"Saya pun belum sempat lagi nak bercakap hal berkenaan dengannya. Memandangkan kami sedang sibuk di lokasi penggambaran, mungkin selepas ini baru ada masa untuk bercakap hal itu," ujar Nas-T.

Sebelum ini, Nas-T dan Nabila baru sahaja pulang dari Langkawi bagi menjayakan sebuah program hari raya bertajuk 'Kidnapped'.

"Semasa di Langkawi kami masih OK. Kiranya apa yang berlaku sekarang adalah hal peribadi kami. Saya pun tak boleh nak kongsi apakah puncanya," tambah Nas-T.

Ditanyakan adakah punca 'perpisahan' mereka disebabkan oleh halangan bapa Nabila Huda, kata Nas-T;

"Hubungan kami OK. Tiada apa-apa masalah dan kami pun pernah berjumpa tapi ketika itu belum lagi bercakap ke arah yang lebih serius akan hubungan kami."
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment