JUARA FEAR FACTOR 2, ERIN MALEK BAKAL BERTUNANG JUN DEPAN? | RASANYA ramai yang sudah mengetahui hubungan cinta pelakon muda, Erin Malek, 20, dengan jejaka yang dikenali sebagai Farriz Fauzy sejak empat bulan lalu.

JUARA FEAR FACTOR 2, ERIN MALEK BAKAL BERTUNANG JUN DEPAN?
Jejaka berusia 30 tahun itu dikenalinya menerusi laman Instagram.
Menariknya, pasangan ini dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan pada Jun depan, memetik laporan GUA.
Menurut Erin, Farriz sudah pun melamarnya dan perbincangan mengenai pertunangan itu juga mula dibincangkan.
“Tapi Erin tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab takut nanti tersalah cakap pula. Apa-apa Erin akan sampaikan perkara ini kepada semua nanti.
“Kita semua tahu bertunang itu adalah untuk mengikat antara satu sama lain. Jadi, gementar itu memang ada sebab dah tahu kita bakal nak jadi isteri orang. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, namun ia bukan menjadi masalah kerana kami berdua dah ada niat nak berkahwin. Lagipun, Erin tak nak orang kutuk dan cakap negatif pasal hubungan kami kerana takut itu akan jadi macam satu doa,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Erin turut ditebak dengan persoalan adakah faktor status dan kekayaan kekasihnya itu menjadikan dia tidak sabar untuk mendirikan rumahtangga?
Ini jawapannya:
“Saya kenal dia bukan sebab duit. Pada awal perkenalan kami, saya tak tahu pun yang dia anak jutawan, Tan Sri atau sebagainya kerana keluarga mereka sangat merendah diri. Farriz mempunyai perniagaan sendiri dan dia sangat rajin bekerja. Saya terasa bila orang cakap macam ini kerana bagi saya, itu rezeki masing-masing.
Saya tak perlukan pengawal peribadi, kereta atau apa saja dari dia. Saya kerja kuat siang dan malam dan ada duit sendiri. Saya seorang yang berdikari sejak dulu lagi dan sanggup pergi ke Capetown untuk mendapatkan duit sendiri. Saya tak perlukan semua itu dan hanya mahu dia sentiasa dengan saya serta menyokong saya.”
Kami yakin dengan kebenaran kata-kata Erin itu.
Sebabnya, dari segi karier, pelakon itu boleh dikatakan antara bakat muda yang cukup menyerlah dan tidak pernah putus tawaran untuk dia muncul di kaca televisyen.
Jadi, Erin mampu mengumpul harta dan asetnya sendiri tanpa mengharapkan orang lain, tak gitu?
Apapun, kami harapkan perancangan Erin dan Farriz akan berjalan lancar nanti…
0 comments :
Post a Comment