NORMAN HAKIM BERI PENJELASAN MASALAH RUMAHTANGGA ABBY ABADI

NORMAN HAKIM BERI PENJELASAN MASALAH RUMAHTANGGA ABBY ABADI Pelakon popular Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar dikatakan mengalami masalah sehingga ramai yang mengetahuinya.

Norman Hakim berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar.

Ini komen dari Norman Hakim:
"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?' 

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," 

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,"

Norman Hakim berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan Abby Abadi dan Farhan. InsyaAllah semuanya selamat.

NORMAN HAKIM BERI PENJELASAN MASALAH RUMAHTANGGA ABBY ABADI
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment