DATIN PADUKA UMIE AIDA RASA TIDAK LENGKAP TIDAK BERHIJAB!

DATIN PADUKA UMIE AIDA RASA TIDAK LENGKAP TIDAK BERHIJAB!

DATIN PADUKA UMIE AIDA RASA TIDAK LENGKAP TIDAK BERHIJAB!| KL, 7 JULAI 2014: Satu persatu selebriti wanita kita mula menemukan hidayah dengan memilih jalan untuk berhijrah kearah kebaikan dan ia dimulakan dengan menjaga aurat masing-masing. Bermula daripada minggu lalu sahaja kita mendapat khabar bahawa Neelofa dan Ana Dahlia sudah pun mengubah penampilan masing-masing.

Paling terbaru ura-ura mengatakan Ziana Zain juga sedang mendekatkan diri kearah itu namun yang sudah mengesahkan penghijrahan itu adalah aktres hebat, Datin Paduka Umie Aida. Adik kepada Erma Fatima itu telah berkongsikan berita gembira ini dengan Berita Harian hari ini.

Bermula dengan penyertaanya dalam kelas agama sejak tahun lalu, ia sedikit sebanyak telah memberikan dia petunjuk serta membuka hatinya untuk berubah.

“Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal.

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus.

“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” jelasnya kepada Berita Harian, hari ini.

Semakin ramai selebriti kita menyedari bahawa bertudung bukanlah bererti rezeki atau tawaran kepada mereka akan berkurangan. Sebaliknya dengan rasa rendah diri mereka yakin bahawa rezeki itu milik Allah dan pasti akan ada pertolongan dariNya untuk hamba yang bertakwa.

Namun kepada selebriti wanita lain, bukan tudung itu kayu pengukur atau membezakan kalian di sisi Allah SWT. Tiada apa yang bermakna selain daripada keikhlasan yang wujud kala diri mencari hidayah bukan kerana niat untuk menunjuk-nunjuk. Wallahualam.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment