EMMA MAEMBONG DEDAH PERANGAI SEBENAR ZIZAN RAZAK

Emma Maembong dedah perangai sebenar Zizan Razak | Sesebuah hubungan cinta itu tidak akan selamanya menggembirakan dan pasti ada dugaannya juga. Ini kerana dengan dugaan itulah lebih banyak perkara boleh dipelajari tentang perangai sebenar pasangan masing-masing berbanding jika hanya berseronok dan mengharapkan hubungan baik-baik sahaja.


Mungkin fasa tersebut sedang dilalui pasangan sensasi terkini, Emma Maembong dan Zizan Razak. Aktres berusia 22 tahun itu dikhabarkan telah memuatnaik sekeping foto di laman Instagram yang mengandungi tulisan tersirat dan seakan membayangkan hubungannya dengan Zizan sedang bermasalah.

Antara isi kandungan foto berkenaan ialah luahan sayu Emma bagaimana dirinya tidak begitu mendapat perhatian, layanan dan dihargai oleh seseorang yang paling rapat dengannya. Adakah individu yang dimaksudkan ialah Zizan Razak?

Menariknya semalam, pelawak terkenal itu semalam menafikan kenyataan Emma baru-baru ini ditujukan kepadanya. Jika demikian, untuk siapakah tulisan itu dinyatakan?

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment