IFA RAZIAH MASIH LEMAH DAN KESAKITAN LEPAS PEMBEDAHAN PAYUDARA

IFA RAZIAH MASIH LEMAH DAN KESAKITAN LEPAS PEMBEDAHAN PAYUDARA

IFA RAZIAH MASIH LEMAH DAN KESAKITAN LEPAS PEMBEDAHAN PAYUDARA | Makin maju dunia, makin banyak pula penyakit pelik-pelik berlaku kan. Takut pula bila dengar. Namun, sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil.

Menghadapi dugaan yang sama, semalam Ifa Raziah telah pun selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya.

Menerusi laman Instagram, penyanyi itu sempat juga berkongsi sekeping fotonya yang sedang terlantar di hospital dan meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya.

Foto yang dikongsi oleh Ifa Raziah di laman Instagram

Pembedahan membuang ketulan yang dikatakan berpunca daripada virus itu dilakukan di Beverly Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak.

Untuk makluman, Ifa mula menyedari kewujudan ketulan tersebut sejak tahun 2011. Akibat daripada ketulan itu, payudaranya menjadi bengkak dan keras.

Kami harapkan agar Ifa akan kembali pulih selepas ini. Kepada para pembaca pula, jangan lupa untuk sentiasa alert dengan tubuh badan anda. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih elok daripada merawat’.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment