LUNA MAYA BINTANGI 'TEMBUS' KERANA WATAK PSIKO

LUNA MAYA BINTANGI 'TEMBUS' KERANA WATAK PSIKO

LUNA MAYA BINTANGI 'TEMBUS' KERANA WATAK PSIKO | Pelakon sensasi dari negara seberang, Luna Maya memberitahu dia bersetuju untuk menerima tawaran daripada pengarah terkenal Ahmad Idham untuk membintangi filem "Tembus" adalah kerana watak psiko yang diberikan kepadanya.

Ini kerana aktres berusia 30 tahun berkata, dia ingin mencuba sesuatu yang baru dan juga mahu menimba pengalaman bekerja dengan produksi Malaysia.

"Jika di Indonesia, saya sering bawa watak-watak perempuan baik dalam sinetron. Jadi saya mulai bosan dengan watak seperti itu, dan apabila ditawarkan watak untuk filem "Tembus" saya terus tidak fikir panjang kerana watak saya kali ini berbeza. Saya seorang perempuan psiko dan enggan ditinggalkan teman lelaki," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Tembus" di Cathay Cineplex ECurve, semalam.

Pada masa sama, Luna turut menjelaskan cara kerja produksi Malaysia dan Indonesia juga berbeza.

"Sepanjang penggambaran, saya seronok kerana kru-kru di sini semuanya melayan saya dengan baik."


Dalam pada itu, ditanya apa perasaannya apabila bergandingan dengan aktor popular tanah airAaron Aziz, Luna berkata pada mulanya dia agak kekok, namun dia teruja.

"Saya tahu Aaron adalah seorang pelakon yang hebat dan popularitinya di Malaysia sangat besar, jadi mana mungkin saya menolak apabila ditawarkan untuk berlakon filem ini bersama Aaron. 

"Walaupun pada awal penggambaran kami sangat kekok, mungkin kerana belum saling kenal. Tetapi lama-kelamaan semuanya okay dan penggambaran berjalan dengan lancar."
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment