MODEL REGINA SOOSALU DIPERCAYAI DIBUNUH

MODEL REGINA SOOSALU DIPERCAYAI DIBUNUH

MODEL REGINA SOOSALU DIPERCAYAI DIBUNUH | Kematian seorang model dari Estonia yang dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang ahli keluarga diraja diklasifikasi sebagai bunuh.

Menurut laporan mStar, model sambilan Regina Soosalu pada mulanya dikatakan lemas selepas mayatnya ditemui di persisiran pantai Pulau Rawa pada 1 Julai lalu, iaitu hari yang sama dia tiba di pulau tersebut. 

Namun pihak polis telah menemui beberapa kecederaan yang mencurigakan dan model tersebut dipercayai telah dibunuh. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sehingga kini, seramai enam suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka semua berada di pulau itu pada hari kejadian. Namun saya tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat kerana kes masih dalam siasatan," ujarnya.

Regina Soosalu dikatakan telah menjalin hubungan bersama Tengku Alang Reza sejak 3 Julai 2012.

Menurut satu sumber yang rapat dengan Soosalu dan teman lelakinya, model itu dilihat kali terakhir oleh kakitangan hotel selepas dia keluar dari biliknya untuk berjalan berhampiran jeti. Walaubagaimanapun wanita berkenaan tidak pulang selepas itu.

Sementara itu teman lelaki kepada Soosalu, Tengku Alang Reza Ibrahim dikatakan terganggu untuk menceritakan tentang kejadian tersebut dan bertindak mendiamkan diri di akaun Facebook sehingga hari Selasa lalu.

Tengku Alang Reza menyifatkan kejadian tersebut sebagai 'tragedi paling buruk dalam hidupnya'.

"Cinta hati saya, Regina meninggal dunia pada 1 Julai lalu, di bulan suci Ramadan. Dia adalah cinta hati saya, rakan baik saya, dan dia akan terus menjadi inspirasi buat saya.

"Hatinya dipenuhi dengan kehebatan, cinta dan belas kasihan untuk semua makhluk dan kehidupannya sendiri.

"Kata-kata tidak dapat meluahkan kekosongan dan kesengsaraan yang saya rasai. Hanya ucapan perpisahan buat masa ini, tidak akan selamat tinggal. Hingga kita berjumpa lagi. Saya mencintaimu My Baby, akan sentiasa di hati saya," seperti dipetik dari Facebook milik Tengku Alang Reza.

Menurut akaun Facebook milik Soosalu, pasangan ini telah menjalin hubungan sejak 3 Julai 2012.

Sementara itu Hasnan turut memberitahu Tengku Alang Reza masih belum dipanggil bagi membantu siasatan.

Berita kematian Soosalu telah dimaklumkan kepada Interpol dan keluarga model itu akan dihubungi oleh mereka.

Mayat Soosalu telah dihantar ke Hospital Sultan Aminah untuk bedah siasat.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment