MODEL REGINA SOOSALU KEKASIH KERABAT JOHOR DISYAKI DIBUNUH


Model Regina Soosalu Kekasih Kerabat Johor Disyaki Dibunuh |  Polis kini menyiasat sama ada seorang model Estonia yang mempunyai hubungan romantik dengan seorang anggota kerabat diraja Johor mati dibunuh.

Regina Soosalu pada asalnya disangkakan mati akibat lemas.

Menurut laporan The Star hari ini, mayat beliau ditemui di sebuah pantai di Pulau Rawa.

Soosalu tiba di sebuah pusat peranginan di situ dari Kuala Lumpur tempat beliau menetap, beberapa jam sebelum ditemui mati.

Polis mempertimbang untuk meneliti kemungkinan ia satu kes bunuh dan mengelaskan kes itu bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kesan luka "meragukan" pada tubuhnya.

Enam individu ditahan untuk membantu siasatan tetapi polis masih belum memanggil teman lelakinya, Tengku Alang Reza Ibrahim.

Manakala itu teman lelaki luah rasa pilu



Kerabat diraja Johor Tengku Alang Reza Ibrahim (bawah), kekasih kepada model Estonia yang mati dibunuh di Pulau Rawa, Mersing yang berdiam diri sehingga Selasa akhirnya membuka mulut.


Menulis di Facebook, beliau menggambarkan pemergian Regina Soosalu itu sebagai “tragedi terburuk dalam hidupnya”, lapor The Star.

“Regina kasihku telah pergi pada 1 Julai, dalam bulan mulia Ramadan. Dia cintaku, sahabat sejatiku dan akan terus menjadi inspirasi untuk seluruh hidupku.

“Hatinya penuh keagungan, kasih sayang dan belas ihsan untuk semua makhluk dan kehidupan itu sendiri.

“Tiada kata boleh meluahkan kekosongan dan keperitan hatiku. Tak perlu ucapan selamat tinggal. Sehingga kita berjumpa lagi my baby, kau selalu di hatiku,” tulis Tengku Alang di Facebook, seperti dilaporkan The Star.

Harian berbahasa Inggeris itu hari melaporkan, polis kini menyiasat sama ada Soosalu dibunuh setelah pada mulanya disangka mati lemas.

Polis mempertimbang untuk meneliti kemungkinan ia satu kes bunuh dan mengelaskan kes itu bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kesan luka "meragukan" pada tubuhnya.

Enam individu ditahan untuk membantu siasatan tetapi polis masih belum memanggil teman lelakinya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment