RUMAH DIPECAH MASUK, YUSOF HASLAM LEPAS TEMBAKAN


RUMAH DIPECAH MASUK, YUSOF HASLAM LEPAS TEMBAKAN

RUMAH DIPECAH MASUK, YUSOF HASLAM LEPAS TEMBAKAN | Kuala Lumpur: Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa. 

Jurucakap polis berkata, mangsa bergegas ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya. 

Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.

Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.

Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment