15 INDIVIDU VIDEO BOGEL DIKENAL PASTI POLIS



15 individu yang terbabit dalam isu rakaman Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang telah dikenalpasti oleh polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka ini berasal dari Malaysia, Singapura, Filipina, Myanmar dan India. 


"Kita sedang mengesan mereka ini yang terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita. 

"Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada 10 individu yang terdiri daripada orang awam bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.


Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat itu sekumpulan kira-kira 20 individu terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, di sini Jun lalu.

Terdapat juga video yang berdurasi 5 minit 25 saat yang dimuat naik bertajuk 'Malaysia Nude Sports Games 2014' (Pesta Sukan Bogel Malaysia 2014) merupakan video versi penuh.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment