ASHRAF MUSLIM BAWA DUA ISTERI DAN ANAK BERCUTI SEKALIGUS


ASHRAF MUSLIM BAWA DUA ISTERI DAN ANAK BERCUTI SEKALIGUS | Siapa kata bermadu itu mesti akan berakhir dengan penderitaan? Buktinya, Ashraf Muslim dan kedua-dua isterinya, Noor Dayana dan Wan Sakinah tampak sangat bahagia berkongsi kasih-sayang.

Malah, si comel Sarah Ashraf dikira sangat bertuah apabila memiliki dua orang wanita bergelar ibu dan mama dalam kehidupannya.

Hubungan kekeluargaan mereka nyata tidak dapat diganggu gugat meskipun kadang-kala isteri kedua Ashraf Muslim, Sakinah masih lagi menerima kata-kata sinis daripada orang ramai. Khabarnya, mereka kini sedang ber’honeymoon’ berempat lagi tau!

Comel betul gambar passport Sarah Ashraf

Rasanya ini merupakan kali pertama mereka bercuti berempat. Yelahkan, sebelum ini kan Sakinah baru sahaja melahirkan Sarah Ashraf dan Dayana pula sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang doktor.

Menerusi foto yang dimuat naik, Ashraf Muslim membawa keluarga besarnya itu makan angin di kota membeli-belah kesukaan kaum wanita. Mana lagi kalau bukan di Bandung, Indonesia.

Seronok sungguh melihat keakraban mereka kan? Apapun, kami turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga dan berharap agar Dayana pula akan melahirkan bayi comel kelak!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment