DARI MAT JIWANG BOLLYWOOD, AARON AZIZ TUKAR JADI MAT GANGSTER!


KL, 1 OGOS 2014: Walaupun hari ni dah masuk hari raya yang kelima, tapi Murai Batu tetap gigih menghabiskan kuih-kuih raya yang dibawa oleh teman-teman. 

Lebih-lebih lagi kuih batang buruk. Murai Batu suka sangat. Kena pulak dengan kopi kampung panas. Memang ngamlah. Sambil-sambil tu layan-layanlah video-video yang ada kat Youtube. 

Tengah sibuk-sibuk melayan, Murai Batu dapat kiriman whatsapp daripada seorang rakan baik. Katanya, cepat check it out youtube link sekian-sekian. 

"Cepat tengok...kelakar giler...video lakonan Aaron Aziz masa mula-mula berlakon". So, Murai Batu pun cepat-cepatlah bukak link tu. 

Apa lagi terkejutlah Murai Batu. Terkejut campur geli hati sebenarnya sebab link atau pautan yang dikongsi rakan baik Murai Batu itu adalah pautan lagu dan tarian Bollywood yang menampilkan Aaron Aziz dengan seorang gadis. 

Amboi...muda nau Aaron Aziz dalam video tu. Lebih kurus dan lebih hensem dari sekarang. Tapi, bila Aaron Aziz bukak saja step tarian Bollywoodnya, Murai Batu dah tak tahan, rasa macam nak ketawa guling-guling. 

Bukan apa...masa tu kan, dia baru mula nak berlakon. So, nampak sedikit keras, kaku dan kayulah. Lebih-lebih lagi bila kena menari tarian Bollywood yang stailnya memang macam Bollywood habislah... 

Tarian Bollywood tersebut adalah salah satu daripada babak yang dimuatkan dalam siri Cinta Bollywood yang pernah disiarkan di saluran Suria, Singapura sekitar 2001 dulu. 

Khabarnya, siri Cinta Bollywood ini memang popular habis hingga ianya disambung ke musim yang seterusnya. Malah, dek kerana populariti siri drama ini juga, ianya bukan saja telah membantu menaikkan nama Aaron Aziz tetapi juga memberi peluang kepada dia untuk membawa pulang anugerah Best Male Actor in Supporting Role dalam (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dalam Anugerah Pesta Perdana 2002. 

Peminat-peminat portal Murai di Singapura, betulkah informasi yang Murai Batu kongsikan pada korang semua ni. Kalau tak betul, Murai Batu mohon uols tolong betulkan mana yang tak betul. Please wahai pembaca-pembaca tersayang... 

Kembali kepada kerjaya lakonan Aaron Aziz, sekitar 2004-2005 barulah Aaron Aziz berpeluang berlakon dalam drama terbitan Malaysia iaitu Haryati serta SUmayyah dan sejak itu tawaran demi tawaran yang diterimanya dari syarikat produksi di Malaysia sehinggalah membolehkan dia bergelar aktor Malaysia yang cukup sukses sekarang ini. 

So, kalau korang nak tengok video tarian Cinta Bollywood, Murai Batu ada kongsikan di bawah ini. Jom Check it out!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment