
GAMBAR-GAMBAR MESRA FIZA DAN ADAM SELEPAS RUJUK KEMBALI | KL, 14 OGOS 2014: Wah nampaknya selepas rujuk semula pada 17 Julai yang lalu iaitu pada Ramadan baru-baru ini, pasangan Fiza Halim dan Adam ini semakin bahagia Murai Batu tengok.
Pasti mereka sedang meniti bahagia bersama setelah pelbagai dugaan dan cabaran yang mereka tempuhi apabila bercerai pada 28 April lalu.
Baru-baru ini Murai Batu ada ternampak beberapa keping foto yang dikongsi Fiza di laman sosial Instagram miliknya.

Memang terpacancar kebahagian di wajah pasangan ini di samping anak-anak Fiza.
Baguslah begitu, Murai Batu harap mereka dapat lupakan yang keruh dan ambillah yang jernih serta dapat menempuhi alam rumahtangga bersama sekali lagi.
Adam dan Fiza diijabkabulkan pada 26 September tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam selepas mereka berkenalan selama dua bulan.
0 comments :
Post a Comment