KLIP VIDEO GIRLS GENERATION RAIH LEBIH 50 JUTA TONTONAN

Girls Generation

KLIP VIDEO GIRLS GENERATION RAIH LEBIH 50 JUTA TONTONAN | POPULARITI kumpulan Girls Generation ternyata luar biasa. Mereka bukan hanya popular di kalangan masyarakat Korea tetapi seluruh dunia.

Ini terbukti apabila klip video lagu Twinkle yang sudah lama dilancarkan iaitu pada April 2012 telah berjaya mendapat jumlah tontonan tinggi di YouTube sehingga mencecah lebih 50 juta penonton.

Menurut laporan Allkpop, kumpulan di bawah agensi SM Entertainment itu masih mampu memikat peminat-peminat mereka bukan sahaja menerusi lagu baharu tetapi juga lagu-lagu lama.

"Dari awal kemunculan mereka sehinggalah sekarang, lagu-lagu yang dibawakan mereka tidak pernah menghampakan peminat. Ini kerana pihak pengurusannya membuat pemilihan lagu yang cukup teliti sebelum merakamkan sesebuah karya itu.

"Sekiranya Girls Generation mampu mengekalkan kualiti muzik seperti sekarang, mereka mungkin akan menjadi lagenda," kata salah seorang penganalisi muzik Korea.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment