MASIH SOROK WAJAH ANAK, SCHA DAN AWAL PILIH NAMA LARA


Ingat lagi tak huruf ‘L’ yang tertera di kek hari lahir Awal Ashaari? Haa, pasti ramai yang meneka huruf tersebut merupakan initial nama bayi Awal dan Scha kan?

Yeayy! tepat tekaan korang semua. Semalam, melalui laman Instagram milik Scha, dia ada memuat naik sekeping foto dengan kapsyen ‘Salam and good morning from mummy and Baby Lara. Have a great Sunday’.

Nah! kepada peminat yang tertunggu-tunggu nama baby #Schawal, penantian korang dah berakhir. Hehe. Sedap kan nama anak pasangan selebriti ini.


Bagaimanapun, nama penuh baby Lara masih belum diumumkan, wajahnya pun masih lagi menjadi misteri. Nampaknya Scha dan awal betul-betul mahu peminat berteka-teki lagi.

Melalui beberapa komen di Intagram Scha, ada juga yang masih meneka nama penuh Lara. Antaranya Lara Latisya, Lara Juwita, Lara Sofea, macam-macamlah.

Apapun, kami tetap menunggu nama penuh baby Lara dan wajahnya. Kami yakin Lara pasti mewarisi kejelitaan ibunya kan? Nak teka lagi tak nama penuh baby Lara? Jom!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment