PERCUTIAN MEWAH, RINGKAS KELUARGA LELAKI TERKAYA DUNIA, BILL GATES


PERCUTIAN MEWAH, RINGKAS KELUARGA LELAKI TERKAYA DUNIA, BILL GATES | RINGKAS dan mewah. Begitulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap percutian keluarga individu terkaya di dunia, Bill Gates di Sardinia, Itali.


Memilih kapal mewah sebagai pengangkutan percutian, aktiviti pertama Gates berlangsung ringkas dengan lelaki itu bermain tenis bersama ahli keluarga di sebuah pulau.

Gates kemudian menaiki helikopter untuk ke kapal mewah yang disewa sebanyak AS$5 juta seminggu.


Pengasas Microsoft yang memiliki kekayaan sebanyak AS$76 bilion itu, dikatakan jarang bercuti bersama keluarga kerana sibuk menguruskan perniagaan.

Bagaimanapun kali ini, dia berkesempatan bergembira bersama isteri dan dua anak iaitu Melinda Rory, Jennifer dan Phoebe.


Kapal mewah yang disewa itu memiliki kemudahan helikopter, bot, kapal selam mini, jetski selain kemudahan asas lain seperti sebuah hotel berteraf lima bintang di atas tanah.


Getas (kanan) dan isterinya, Melinda ketika berada di atas kapal mewah yang disewa.

Percutian empat sekeluarga terbabit turut dibantu oleh 52 kru kapal.

Antara selebriti yang pernah bercuti di lokasi sama ialah Puteri Diana, sebelum wanita itu maut dalam kemalangan.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment