TOLAK PERMOHONAN CERAI ISTERI, EZANY NIZARIFF FAIL PERMOHONAN NUSYUZ


Sudah pasti setiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan agar rumahtangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun, segalanya ditentukan oleh Allah SWT.

Kisah pergolakan rumahtangga Ezany Nizariff mula diperkatakan apabila pelakon itu mengakui bahawa dia bakal bercerai dengan isterinya yang dilarikan oleh seorang lelaki sehinggalah kepada kes yang mengatakan bahawa dia telah disihir.

Terkini, menerusi laporan mStar Online, Ezany bagaimanapun menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat isterinya, Lizda pada 17 Julai lalu.

Foto isteri Ezany Nizariff bersama dengan jejaka yang dipercayai merupakan teman lelakinya

Ezany juga sudah memfailkan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap Lizda pada 22 Julai lalu dan dua lagi tuntutan berhubung hak penjagaan sementara dan hak penjagaan kekal terhadap dua anak mereka.

“Buat masa ini saya ikut apa yang dinasihatkan oleh peguam dan selebihnya kita tunggu pada perbicaraan nanti. Insya-Allah kes berkenaan (penjagaan anak) akan disebut di mahkamah pada 25 dan 27 Ogos ini dan anak-anak kini tinggal bersama saya selepas isteri bertindak keluar rumah sejak 19 hari lalu.”

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar memerintahkan pasangan berkenaan membentuk satu jawatankuasa pendamai sebelum kes berkenaan disambung semula pada 3 September depan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment