(GAMBAR) MAJLIS RESEPSI MISHA OMAR DAN FIROS

(GAMBAR) MAJLIS RESEPSI MISHA OMAR DAN FIROS | Alhamudlillah pada 2 Mei 2014 yang lalu, penyayi terkenal, Misha Omar telah selamat di ijab qabul kan dengan pasangan pilihannya Firos Ezzwan Rossly di Kelantan.

(GAMBAR) MAJLIS RESEPSI MISHA OMAR DAN FIROS

Pada malam hari pernikahan Misha Omar dan Firos, telah diadakan majlis resepsi. Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Misha Omar dan pasangannya Firos Ezzwan Rossly di Hotel Renaissance Kota Bahru malam Jumaat lalu meriah dengan kehadiran kira-kira 450 tetamu terdiri dari kaum keluarga, media & rakan artis.

Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah hati yang membawa konsep mo­den kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim.

Misha Omar yang ditemui Utusan Malaysia selepas selesai majlis melahirkan rasa gembira dan bersyukur beliau dengan kehadiran rakan rakan artis meraikan majlis bermakna mereka berdua ini.

“Majlis ini telah dimeriahkan dengan rakan-rakan selebriti yang hadir menghiburkan tetamu dan ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup bermakna buat saya. Selain itu, ini juga adalah tanda penghargaan saya untuk menyambut keluarga suami,” ujarnya.

“Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada te­ta­mu yang hadir & juga sentiasa mendoakan kebahagiaan kami,” tambahnya lagi. Berikut beberapa keping gambar pasangan pengantin baru ini untuk tatapan anda.

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Misha Omar Dan Firos

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment