HILARY DUFF MASIH MENYAYANGI BEKAS SUAMI | MELIHAT hubungan baik pasangan selebriti yang sudah bercerai mungkin boleh dianggap sebagai normal.
HILARY DUFF MASIH MENYAYANGI BEKAS SUAMI
Namun, untuk melihat mereka meluangkan masa bersama dengan kerap sama seperti sebelum bercerai adalah agak unik.
Pelakon dan penyanyi, Hilary Duff dan bekas suaminya, Mike Comrie adalah antara pasangan bercerai yang sentiasa dilihat bersama.
Ia sekaligus menimbulkan pertanyaan adakah mereka akan kembali bersatu?
Menurut Duff, mereka sebenarnya bersahabat baik dan sangat menghormati antara satu sama lain.
“Kami sangat menyayangi antara satu sama lain dan sangat gemar menghabiskan masa bersama. Kami keluar bersama bukan hanya untuk anak kami, Luca, tetapi kerana kami gembira dengan aktiviti kami. Buat masa ini, kami tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang,” ujarnya menerusi E-Online.
Hmm..pelik juga kalau difikirkan. Kalau sayang, mengapa perlu berpisah?
Apa pun, hanya tuan empunya diri lebih mengerti sebabnya…
0 comments :
Post a Comment