JENNIFER LAWRENCE DINOBAT WANITA PALING HOT OLEH MAJALAH FHM | Los Angeles – Bintang Hollywood, Jennifer Lawrence telah dinamakan sebagai wanita paling seksi di dunia oleh majalan FHM.
JENNIFER LAWRENCE DINOBAT WANITA PALING HOT OLEH MAJALAH FHM
Jennifer berjaya mengatasi Mila Kunis, yang memegang takhta berkenaan pada tahun lepas. Mila yang sedang mengandung itu jatuh ke tangga keenam.
Lawrence, yang kini berpacaran dengan aktor British, Nicholas Hoult, telah mendapat liputan meluas selepas membintangi filem Hunger Games dengan peranan sebagai Katniss.
Manakala bekas bintang Coronation Street , Michelle Keegan pula berada di kedudukan kedua FHM. Dia yang berasal dari Britain, dinobatkan sebagai wanita paling seksi di negara tersebut, selepas berada di tangga kedua FHM.
Penyanyi Rihanna pula jatuh satu anak tangka ke tempat ketiga manakala model Britain, Emily Ratajkowski menduduki tangga keempat. Dia pernah muncul dalam video Robin Thicke.
Sementara bintang R&B, Beyoncé naik daripada tangga ke-19 ke tangga ke-12.
Aktres Scarlett Johansson pula naik ke tangga 10 daripada tangga ke-49 pada 2013.
0 comments :
Post a Comment