AKTRES KOREA, YOO CHAE YEONG MATI AKIBAT KANSER


Jika lihat keletah dan lakonannya yang bersahaja, pasti dapat menambah keseronokan dalam sesebuah filem atau drama yang dilakonkan.

Namun, selepas ini kita takkan dapat lihat lagi aksi Yoo Chae Yeong kerana pelakon yang popular dengan drama ‘Fashion King’ ini disahkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Korang semua mesti terkejut kan? Menurut laporan portal Soompi, Chae Yeong meninggal dunia kerana barah perut yang dihidapi sejak Oktober tahun lalu.


Kalau nak tahu, Chae Yeong menghembuskan nafasnya yang terakhir di Seoul’s Severance Hospitaldisamping suami dan ahli keluarganya.

Sepanjang hayatnya, Chae Yeong yang merupakan ahli kumpulan K-Pop terkenal iaitu Cool telah berjaya membuat debut ketika umurnya baru mencecah 17 tahun.

Kemudian setelah keluar dari kumpulan tersebut, Chae Yeong bergerak sendiri dan mula aktif dalam dunia lakonan. Apapun, kami pasti pemergian Chae Yeong ini merupakan satu kehilangan besar industri perfileman di negara tersebut.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment