ANAK-ANAK TIDAK DAPAT HARTA PHILIP SEYMOUR HOFFMAN

Philip Seymour Hoffman

NASIB tiga anak Philip Seymour Hoffman tidak akan mendapat sebarang harta warisan daripada aktor itu yang meninggal dunia pada 2 Februari lalu.

Sebaliknya, menurut laporan Fameflynet, bintang filem Capote itu mewariskan semua kekayaan itu kepada kekasihnya Mimi O'Donnell.

Akauntan Philip iaitu David Friedman berkata, pemenang Oscar itu memiliki kekayaan sehingga USD35 Juta (RM110.8 Juta) dan sayangnya dia tidak mahu anak-anaknya, Cooper, 11, Tallulah, 8, dan Willa, 6 menjadi pewaris yang manja.

"Philip enggan mewariskan hartanya kepada anak-anak kerana percaya bahawa Mimi mampu menguruskan wang tersebut untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka," kata David.

Philip mewariskan kesemua hartanya kepada Mimi.

Ketiga-tiga anak Philip itu merupakan hasil perhubungan cintanya dengan Mimi.

Sejak dahulu lagi, David berpendirian tidak mempercayakan perkahwinan dan lebih senang jika hanya menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu.

Terdahulu, Philip ditemui mati di apartmen miliknya di New York pada Februari lalu gara-gara kesilapannya mencampur empat jenis dadah merbahaya iaitu heroin, cocaine, benzodiapines dan aphetamine.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment