'BILA BANGUN SAYA TENGOK DIA SUDAH TIADA' - ISTERI EZANY NIZARIFF HILANG

'BILA BANGUN SAYA TENGOK DIA SUDAH TIADA' - ISTERI EZANY NIZARIFF HILANG

'BILA BANGUN SAYA TENGOK DIA SUDAH TIADA' - ISTERI EZANY NIZARIFF HILANG | Jika anda masih ingat lagi, minggu lalu kami ada update artikel mengenai rumahtangga Ezany Nizariff dan pasangannya, Lizda yang dikatakan sedang bergolak.

Bagaimanapun, Ezany enggan mengulas lanjut mengenai perceraian yang diminta oleh isterinya itu. Namun, hari ini menerusi laporan Kosmo! terkejut juga kami apabila mendapat tahu isterinya itu kini sudah hilang.

Ezany ketika ditemui di Balai Polis Kinrara mendakwa isterinya dilarikan oleh seorang lelaki di rumahnya di Seri Kembangan, Puchong, Khamis lalu.

Usia perkahwinan Ezany dan Lizda sudah mencecah 7 tahun

“Bila bangun, saya tengok dia sudah tiada dan saya kemudian turun ke tingkat bawah rumah mencarinya sebelum menyedari pintu utama tidak berkunci.

Saya berkali-kali hubungi telefon bimbitnya tetapi gagal. Saya juga menelefon ahli keluarganya di Labuan, namun mereka maklumkan Lizda tidak pulang ke kampung pun.”

Wah. Isteri orang pun dibawa lari ya! Apapun, diharapkan agar Ezany dapat menemui isterinya kembali dan menyelesaikan kekusutan rumahtangganya itu.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment