BINTANG DISNEY YANG BERMASALAH

BINTANG DISNEY YANG BERMASALAH

BINTANG DISNEY YANG BERMASALAH | Kebanyakan daripada mereka memulakan karier menerusi filem atau rancangan televisyen terbitan Disney. Namun dilihat kebanyakan bintang Disney seringkali terlibat dengan pelbagai masalah, tidak kira dari segi undang-undang atau kehidupan peribadi. 

Terbaru adalah bintang "Lab Rats", Billy Unger yang ditahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Aktor berusia 18 tahun itu pada mulanya diberhenti polis kerana memandu lebih had limit, tetapi disyaki mabuk. Walaupun kandungan alkohol tidak melebihi had yang dibenarkan, Unger ditahan kerana undang-undang California menetapkan mana-mana pemandu bawah usia 21 tahun dan mempunyai alkohol dalam sistem mereka akan ditahan. 

Namun Unger bukanlah satu-satunya bintang Disney yang bermasalah. Mari kita lihat senarai di bawah antara bintang Disney yang pernah berhadapan dengan masalah undang-undang atau kehidupan peribadi. 

BRITNEY SPEARS 


Kehidupan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu "… Baby One More Time" ini mula menjadi tidak tentu arah selepas dia memfailkan perceraian daripada suaminya, Kevin Federline sekitar November 2006. Selepas mendaftarkan diri di pusat pemulihan dadah pada Februari 2007 dan tinggal di sana tidak sampai sehari, Britney Spears mengejutkan ramai apabila dia membotakkan rambutnya di sebuah salun rambut. Dalam tempoh itu, Spears kelihatan tidak terurus dan kerap berparti sehingga awal pagi. Pada Oktober 2007, Spears kehilangan hak penjagaan kedua-dua anaknya bersama Federline, Sean dan Jayden. Spears telah ditahan dan dimasukkan ke hospital pada Januari 2008 selepas dia mengurungkan dirinya bersama Jayden di dalam bilik air dan enggan keluar. Spears dilaporkan enggan mengembalikan anak-anaknya kepada Federline selepas lawatan dan ketika ditahan, dia kelihatan tidak keruan. Sejak kejadian tersebut, ibu bapa Spears, Jamie dan Lynn mula masuk campur bagi memulihkan kehidupan anaknya semula. 

SHIA LABEOUF 


Aktor ini mula dikenali selepas membintang siri televisyen Disney, "Even Stevens" sebagai Louis Stevens. Shia LaBeouf terus mencipta nama dalam karier seninya dengan membintangi banyak filem antaranya adalah "Transformers". LaBeouf mula berhadapan dengan masalah pada Februari 2005 apabila dia ditahan polis di Los Angeles dan didakwa kerana menyerang menggunakan senjata selepas melanggar kereta jiran dan mengugutnya. LaBeouf dikatakan muncul di hadapan rumah jirannya dengan membawa pisau. Kemudian pada November 2007, LaBeouf ditahan polis kerana menceroboh selepas enggan meninggalkan kedai Walgreens walaupun disuruh pergi oleh pengawal keselamatan. Pada 27 Julai 2008, LaBeouf terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dimana keretanya telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang melanggar lampu isyarat merah. Ketika melaporkan kejadian, bau alkohol dikesan oleh polis, tetapi LaBeouf enggan menjalani ujian pernafasan dan dia ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk. Terbaru pada 26 Jun lalu, LaBeouf telah didakwa kerana menceroboh teater Studio 54 di New York. Dia dikatakan berkelakuan tidak tentu arah, menjerit dan bercakap dalam nada kuat. LaBeouf dipaksa meninggalkan teater, tetapi enggan berbuat demikian dan akhirnya dia ditahan polis. 

MITCHEL MUSSO 


Bekas pelakon "Hannah Montana" ini telah ditahan pada 16 Oktober 2011 kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. Mitchel Musso yang pernah meminjamkan suaranya untuk siri televisyen Disney "Pair Of Kings" dan filem "Phineas And Ferb" telah ditahan selepas gagal memperlahankan kenderaannya apabila diarahkan oleh polis yang mengawal trafik. Hasil ujian menunjukkan dia melebihi had limit alkohol. Insiden ini telah menyebabkan karakternya dikeluarkan daripada "Pair Of Kings" dan siri "PrankStars" dibatalkan. 

DEMI LOVATO 


Namanya mula dikenali selepas membintangi filem televisyen Disney, "Camp Rock" dan turut bergelar penyanyi selepas dilamar oleh syarikat rakaman Hollywood Records. Pada 2010, Demi Lovato menarik diri daripada Jonas Brothers Live In Concert dan siri komedi "Sony With A Chance" kerana telah mendaftarkan diri di sebuah pusat pemulihan. Laporan mengatakan Lovato telah menumbuk seorang penari latar dalam satu pertengkaran. Namun pada masa yang sama, Lovato disahkan menghidap bulimia, seringkali mencederakan dirinya dan mengambil dadah dan alkohol kerana tekanan. Malah Lovato turut mendedahkan dia sering menggunakan kokain beberapa kali sehari dan dia disahkan menghidap penyakit bipolar. 

ORLANDO BROWN 


Dikenali menerusi wataknya sebagai Eddie Thomas dalam siri komedi "That's So Raven" dan turut menjadi pelakon jemputan dalam beberapa siri Disney, Orlando Brown telah ditahan di Texas, Houston pada April 2007 kerana memiliki ganja. Pihak polis telah menemui sembilan gram ganja dalam kenderaannya selepas dia ditahan kerana memandu tanpa lampu. Pada Ogos 2011, Brown telah ditahan kerana memandu dalam keadaan khayal dengan teman wanitanya yang sedang hamil ketika itu. Brown sekali lagi ditahan pada Mei 2012 kerana gagal menyempurnakan salah satu syarat yang terkandung dalam tempoh percubaannya itu. Pada Julai 2012, dia ditahan buat kali ketiga kerana gagal hadirkan diri ke mahkamah untuk kes berkaitan memandu dalam keadaan khayal. 

LINDSAY LOHAN 


Tidak lengkap senarai ini tanpa Lindsay Lohan, bukan? Dia telah banyak kali ditahan jika dibandingkan dengan bintang Disney lain. Penyanyi dan aktres "Herbie: Fully Loaded" ini pertama kali ditahan pada 26 Mei 2007 kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah selepas mengalami kemalangan dan pihak polis turut menemui kokain di tempat kejadian. Dalam tempoh beberapa tahun, Lohan berhadapan masalah dengan pihak berkuasa dan pernah dipenjarakan selama 14 hari. Pada Mei 2011, Lohan telah dijatuhkan hukuman selama 120 hari kerana mencuri rantai, dimana dia ditahan di rumah selama 35 hari dan menjalani servis komuniti selama 480 jam. Sehingga kini, tiada tanda-tanda Lohan akan berhenti berparti atau mengelak daripada menghadapi masalah undang-undang.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment