KEMENANGAN JERMAN BUAT MAYA KARIN MENANGIS, DAHSYAT BETUL PENANGAN FIFA WORLD CUP 2014!

KEMENANGAN JERMAN BUAT MAYA KARIN MENANGIS, DAHSYAT BETUL PENANGAN FIFA WORLD CUP 2014!

KEMENANGAN JERMAN BUAT MAYA KARIN MENANGIS, DAHSYAT BETUL PENANGAN FIFA WORLD CUP 2014! | Satu dunia pasti sudah tahu bahawa German berjaya merangkul gelaran juara Piala Dunia 2014 setelah menyaksikan Mario Gotze memberikan jaringan emas buat pasukannya sekaligus menumpaskan pasukan Argentina.

Haa, korang jangan pelik pula ya, kami bukan nak ulas mengenai Piala Dunia pagi tadi, sebaliknya kami nak kongsi kegembiraan penyokong-penyokong German yang terdiri dari selebriti terkenal tanah air.

Dalam banyak-banyak selebriti, kami dengar, pelakon jelita Maya Karin menitiskan air mata sebaik sahaja German dinobatkan sebagai pemenang. Betul ke?



Melalui laman Instagram kelab peminat Maya, sekeping foto telah dimuat naik menunjukkan pelakon jelita itu seolah-olah sebak bercampur gembira apabila pasukan pilihannya menang.

Melihat pada kapsyen saja dah jelas menunjukkan pasukan German begitu dekat dihati. Mana taknya, Maya kan penyokong tegar pasukan German sejak dari awal lagi kerana ayahnya juga berasal dari negara tersebut.

Kalau korang nak tahu, Maya menonton detik bersejarah itu bersama ahli keluarganya di London. Dek kerana teruja, Maya turut sama menconteng dahinya dengan bendera German tau. Cute sangat!

Apapun, bukan Maya sahaja selebriti Malaysia yang gila bola, Elfira Loy, Sazzy Falak, Yasmin Hani dan ramai lagi turut sama menonton perlawanan akhir tersebut.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment