MARSHA TERKEJUT DIKATAKAN BAKAL PELUK ISLAM
MARSHA TERKEJUT DIKATAKAN BAKAL PELUK ISLAM | Aktres jelita Marsha Milan Londoh terkejut apabila mendengar khabar angin baru-baru ini yang mendakwa dirinya bakal memeluk Islam selepas Hari Raya Aidilfitri ini kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya.
"Ini hal agama, benda yang sangat sensitif. Setakat ini, perkara itu belum ada dalam fikiran lagi. Terus terang saya katakan tak ada apa-apa perancangan buat masa ini, jadi saya tak berani nak cakap dulu," katanya kepada Harian Metro.
Tambah aktres berusia 29 tahun itu lagi, dia tidak marah dengan khabar angin tersebut tetapi berasa lucu kerana ada pihak yang membuat andaian melulu tanpa sebarang pengesahan daripada pihaknya.
"Saya dengar pun terkejut. Tak ada benda langsung sebenarnya. Macam mana ada dakwa saya akan peluk Islam selepas raya?
"Saya anggap ini kelakar dan tak betul. Kalau ada apa-apa, tentulah saya akan buka mulut."
Desas-desus mengenai Marsha bakal memeluk Islam timbul apabila dia yang menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan beragama Islam yang dikenali sebagai S, 26, dikatakan bakal berkahwin sebelum hujung tahun ini.

0 comments :
Post a Comment