PERKAHWINAN RAHSIA SELEBRITI HOLLYWOOD

PERKAHWINAN RAHSIA SELEBRITI HOLLYWOOD

PERKAHWINAN RAHSIA SELEBRITI HOLLYWOOD | Ramai yang beranggapan selebriti adalah 'hak milik' peminat. Ini bermakna segala yang berkaitan dengan selebriti kesayangan mereka perlu dihebahkan agar peminat tahu dan ini termasuklah kehidupan peribadi. 

Walaubagaimanapun ada artis yang memilih untuk menyembunyikan beberapa perkara penting dalam kehidupan mereka seperti perkahwinan. 

Merahsiakan perkahwinan sudah menjadi ikuti kebanyakan selebriti Hollywood dan terbaru sekali adalah sosialit dan pelakon siri televisyen realiti "The City", Olivia Palermo, yang mengahwini tunangnya, model Johannes Huebl, di sebuah taman yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan dua rakan sahaja. 

Berikut adalah antara selebriti yang telah merahsiakan perkahwinan mereka. 

BLAKE LIVELY & RYAN REYNOLDS 


Pasangan ini mengejutkan banyak pihak apabila mereka melangsungkan perkahwinan di Carolina Selatan. Seramai 60 orang telah menghadiri majlis mereka dan sebuah restoran tempatan dilaporkan telah dipilih sebagai katering. Walaubagaimanapun ini bukan kali pertama Ryan Reynolds merahsiakan perkahwinannya. Dia pernah melakukan perkara yang sama dengan bekas isterinya, Scarlett Johansson. 

KIMORA LEE SIMMONS & TIM LEISSNER 


Perkahwinan rahsia model dan orang yang berpengaruh dalam dunia fesyen, Kimora Lee Simmons dengan pengurus bank pelaburan, Tim Leissner, dihebahkan oleh bekas suaminya, Russell Simmons menerusi laman sosial Twitter. Dia berkata, "Semua orang sayangkan @OfficialKimora, tetapi hakikatnya dia telah berkahwin. Agak lama Tim sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami". 

ZOE SALDANA & MARCO PEREGO 


Hubungan pasangan ini diketahui umum selepas mereka dilihat intim bersama sekitar Mei 2013, tetapi sebulan selepas itu, Zoe Saldana dan Marco Perego dilaporkan telah berkahwin di England selepas aktres ini dilihat memakai cincin di jari manisnya. Terbaru Saldana dikatakan sedang hamil anak pertama, tetapi khabar angin ini masih belum disahkan olehnya. 

KATE WINSLET & NED ROCKNROLL 


Selepas dua perkahwinan gagal, aktres filem "Titanic" ini membuat keputusan untuk mengadakan yang ketiga secara rahsia. Kate Winslet mengahwini Ned Rocknroll yang merupakan anak saudara pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson pada Disember 2012. Majlis perkahwinan telah diadakan secara intim dan sederhana serta turut dihadiri oleh beberapa rakan dan ahli keluarga, termasuk dua orang anak Winslet hasil daripada hubungan sebelum itu. 

AGYNESS DEYN & GIOVANNI RIBISI 


Model Agyness Deyn dan teman lelakinya, aktor filem "Avatar" Giovanni Ribisi pada mulanya dikatakan telah kahwin lari pada satu hari minggu. Menurut jurucakap aktor itu, pasangan ini telah berkahwin secara rahsia pada 16 Jun 2012 di Los Angeles. Satu sumber memberitahu, pasangan ini mengesahkan perkahwinan mereka ketika ditemui di Pejabat Pendaftaran Los Angeles, dimana Ribisi menjelaskan mereka sudah lama bersama. Namun hakikatnya pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan sebelum berkahwin. 

DANIEL CRAIG & RACHEL WEISZ 


Pasangan ini tidak pernah mengesahkan bahawa mereka adalah pasangan dan mengejutkan banyak pihak apabila berkahwin secara rahsia. Menurut satu sumber, Daniel Craig yang terkenal dengan watak James Bond telah mengahwini Rachel Weisz di New York dan majlis mereka dihadiri oleh dua orang anak mereka dan dua orang saksi. 

PENELOPE CRUZ & JAVIER BARDEM 


Mula menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2007 selepas bekerjasama dalam filem "Vicky Cristina Barcelona", Penelope Cruz dan Javier Bardem telah berkahwin pada awal Julai 2010 dalam satu majlis intim di rumah seorang rakan di Bahamas yang hanya dihadiri oleh teman rapat dan ahli keluarga. Pasangan ini yang jarang sekali bergambar bersama tidak pernah mengesahkan pertunangan mereka sebelum itu. 

BEYONCE KNOWLES & JAY-Z 


Walaupun berkahwin secara rahsia, perkahwinan antara dua ikon besar dalam dunia muzik ini tetap diadakan secara mewah. Pasangan ini berkahwin pada 4 April 2008 di hadapan 40 teman baik di kediaman mewah Jay-Z, dimana ia telah dihias dengan 70,000 orkid putih dendrobium yang diterbangkan khas dari Thailand. Tiada gambar perkahwinan mereka tersebar sehinggalah Beyonce berkongsi gambar gaun perkahwinannya dalam dokumentarinya, "Life Is But A Dream". 

GISELE BUNDCHEN & TOM BRADY 


Diperkenalkan oleh seorang rakan, supermodel terkenal Gisele Bundchen dan Tom Brady telah berkahwin pada 26 Februari 2009 selepas menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2006. Tetamu yang dijemput pada mulanya menyangkakan mereka sedang menghadiri upacara pembaptisan di Gereja Katolik St. Monica di California, tetapi akhirnya menyedari ia adalah majlis perkahwinan pasangan itu. Bundchen dan Brady telah mengadakan upacara yang lebih besar di Costa Rica pada April 2009. 

KERRY WASHINGTON & NNAMDI ASOMUGHA 


Tiada siapa yang mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Oleh itu berita perkahwinan aktres drama bersiri "Scandal", Kerry Washington dan pemain NFL, Nnamdi Asomugha telah mengejutkan banyak pihak. Pasangan ini berkahwin pada 24 Jun 2013 di Hailey, Idaho. Washington dan Asomugha telah menyambut kelahiran puteri sulung mereka, Isabelle Amarachi pada 21 April lalu.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment