QUE HAIDAR BAKAL KE PALESTIN

QUE HAIDAR BAKAL KE PALESTIN

QUE HAIDAR BAKAL KE PALESTIN | Aktor Que Haidar meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa umat Islam di Palestin. Baginya, sebagai manusia, sesiapa sahaja akan terkesan dengan peristiwa itu. Atas alasan itu, Que mencari jalan bagaimana untuk memperjuangkan nasib mereka.

“Setiap hari saya melihat apa yang berlaku kepada mereka di televisyen, surat khabar dan Internet. Saya pun ada anak dan isteri, apabila melihat anak-anak kecil dan wanita di sana dibunuh, dikejami dan mati setiap hari, ia benar-benar menyedarkan saya”
“Sebab itu, saya fikir apa lagi boleh kita lakukan untuk membantu mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Akui suami kepada Linda Jasmine ini, dia mendapat tahu mengenai Aman Palestin menerusi Maulana AF8. “Saya masih ingat Maulana pernah ke Palestin dahulu, jadi saya hubungi dia bertanya mengenai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu.

“Alhamdulillah, dia cadangkan Aman Palestin dan telah mengaturkan satu mesyuarat mengenai perkara ini,” katanya telah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut malam kelmarin.


Menerusi pertemuan itu, persetujuan telah dicapai dan Que bersedia membantu NGO tersebut.
“Mereka bercadang membawa saya ke sana dan sebenarnya itulah tujuan utama saya,” kata pemilik nama Tengku Iskhan Shah ini.

Beri kesedaran Menurut pelakon Rock Ooo ini, sebagai selebriti dia berharap dapat menyedarkan masyarakat supaya bersama-sama menolong apa yang termampu.

“Apa lagi yang boleh dibuat untuk membantu mereka? Rasanya kita cukup bertuah dapat hidup di bumi Malaysia. Bayangkan di bulan Ramadan ini, kita dapat bersahur, berbuka puasa, bertarawih dan tidur dengan cukup selesa”

“Sebaliknya mereka di sana, hendak makan pun belum tentu, inikan pula tidur yang sentiasa bertemankan serangan Israel,” katanya.

Jelas pelakon berusia 35 tahun ini, sekembali dari Palestin, dia berharap dapat memberi talk perjuangan Palestin kepada rakyat Malaysia.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment