SARIMAH IBRAHIM BUAT PERSIAPAN KAHWIN DI BALI?
SARIMAH IBRAHIM BUAT PERSIAPAN KAHWIN DI BALI? | KL, 17 JUL 2014: Haaa itulah yang Murai Batu dengar, katanya Sarimah Ibrahim sekarang sedang buat persiapan kahwin yang akan berlangsung di Bali, Indonesia pada Ogos ini.
Wah maknanya majlis perkahwinan itu akan diadakan selepas raya lah kan? Mesti romantik kan sebab Murai Batu dah terbayangkan majlis perkahwinan Beach Wedding ala inggeris yang penyanyi Nurul dan suami kedua ketika diadakan di sana sebelum ini.
Tapi, Murai Batu tak dapat pastikan adakah persiapan perkahwinan itu adalah untuk perkahwinannya dengan kekasih baru Sarimah iaitu cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau sebaliknya?
Yelah, tahun ni kan Sarimah sendiri sudah mendedahlan hubungan cintanya yang disemai 3 tahun lalu bersama Tunku Nadzimuddin itu tapi mereka berdua belun pula menetapkan bila cinta mereka akan disatukan dengan ikatan yang sah.
Atau mungkin Sarimah buat persiapan perkahwinan rakannya atau saudara maranya kan? Itu Murai Batu tak dapat pastikan dan hanya tuan badan sahaja ada jawapannya.
Apa-apa pun Murai Batu doakan apa yang dirancang itu akan berjalan dengan lancar.
0 comments :
Post a Comment