SCARLETT JOHANSSON KAHWIN WARTAWAN BULAN DEPAN

Scarlett dan Romain bakal menimang cahaya mata pertama.

PELAKON Scarlett Johanson dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Romain Dauriac yang juga seorang wartawan berasal dari Perancis pada bulan depan.

Portal Daily Mail melaporkan pasangan itu mengambil keputusan untuk berkahwin selepas Scarlett, 29, disahkan hamil dan Romain mahu perkahwinan mereka disegerakan.

"Romain tidak mahu tunggu Scarlett bersalin dan dia mahu mereka segera berkahwin," kata sumber.

Bagaimanapun jurucakap pasangan itu masih belum mengeluarkan butiran penuh mengenai perkahwinan tersebut namun ada pihak mendakwa mereka akan disatukan di Perancis.

Pasangan ini bertunang pada September tahun lalu selepas hampir setahun bercinta.

Scarlett sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds tetapi rumah tangga mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2010.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment