TINDAKAN STESEN RADIO ERAFM DAN HITZFM TENTANG PERMOHONAN MAAF GADIS #CDM25 DIKECAM

TINDAKAN STESEN RADIO ERAFM DAN HITZFM TENTANG PERMOHONAN MAAF GADIS #CDM25 DIKECAM

TINDAKAN STESEN RADIO ERAFM DAN HITZFM TENTANG PERMOHONAN MAAF GADIS #CDM25 DIKECAM | Semalam kecoh di laman sosial mengenai insiden ‘road bully’ seorang gadis yang dikenali sebagai Kiki memarahi dan memukul kereta seorang uncle menggunakan steering lock.

Dek kerana itu, netizen seolah-olah menggila dengan memarahi tindakan gadis #CDM25 yang disifatkan sebagai kurang ajar. Bukan itu je, selebriti pun turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka tau!

Namun, hari ini, sebuah stesen radio popular telah menjemput Kiki ke konti untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada uncle tersebut dan seluruh rakyat Malaysia.

Gadis #CDM25 Kiki ketika dijemput untuk membuat permohonan maaf

Kalau korang nak tahu, ramai yang tak berpuas hati mengenai perkara ini, malah mereka turut menyifatkan permohonan maaf itu tidak ikhlas.

Di laman Instagram stesen radio tersebut pun ramai yang menghentam dan mengatakan usaha stesen radio tersebut hanya akan lebih mempopularkan gadis itu.

Sementara itu, pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Nawawi turut menerima kritikan peminatnya yang tidak bersetuju apabila dia memuat naik foto gadis itu di Instagramnya.


Macam-macam hal kan? Iyalah, kami akui tindakan gadis ini agak keterlaluan ketika itu. Tetapi dia sudahpun memohon maaf diatas kesilapannya.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita saling bermaafan. Sebagai manusia, kita pun tak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Kepada Kiki, jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran, kita ni kalau marah sekalipun, adab dengan orang yang lebih tua harus dijaga. Tak gitu?

Apapun, kepada pembaca setia, jom tengok dulu video permohonan maaf ini ya. Selamat menonton!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment