ZIANA ZAIN PERCAYA PRODUK KECANTIKAN TEMPATAN BERTARAF ANTARABANGSA

ZIANA ZAIN PERCAYA PRODUK KECANTIKAN TEMPATAN BERTARAF ANTARABANGSA

ZIANA ZAIN PERCAYA PRODUK KECANTIKAN TEMPATAN BERTARAF ANTARABANGSA | KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2014: Meletakkan displin sebagai tunggak utama untuk seorang wanita tampil menarik, diva pop terkenal, Ziana Zain menyifatkan rangkaian produk kecantikan tempatan yang digunakannya kini setaraf dengan jenama antarabangsa.

Ziana Zain berkata demikian ketika merujuk kepada rangkaian produk Safi Rania Diamond sebagai produk perawatan anti penuaan tempatan berkualiti setaraf jenama antarabangsa yang dipasarkan pada harga berpatutan.

Tambah Ziana Zain lagi, ianya seiring dengan kehendak syarak, dijamin halal dan tidak perlu menggunakan modal yang besar untuk tampil anggun dan menawan.

“Saya seorang wanita yang amat menitik beratkan kualiti, keberkesanan serta keyakinan yang diperolehi dari sesebuah produk itu.

“Sebelum ini saya banyak menggunakan jenama antarabangsa yang mahal harganya tetapi apabila diperkenalkan dengan Safi Rania Diamond, saya berani katakan bahawa kualiti serta keberkesanannya setaraf dengan jenama antarabangsa.

“Safi Rania Diamond adalah kunci rahsia keangguan dan keyakinan saya. Anda pasti menemuinya di dalam 8 produk signatur Safi Rania Diamond dengan tiga langkah kunci kecantikan Safi Rania Diamond Saya iaitu merawat, memulih dan menawan,” jelasnya.

Ziana Zain ditemui pada majlis bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah dianjurkan di Foyer Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Malaysia, baru-baru ini.

Ziana Zain turut berkongsi tiga produk utama jenama berkenaan yang menjadi sebahagian dari rejim kecantikan perawatan anti penuaan berlian beliau.

Katanya, kulit wajah harus dibersihkan dengan betul untuk memastikan kulit bukan sahaja bebas daripada kotoran malah bersedia untuk menerima perawatan wajah selanjutnya.

“Buih pembersih wajah Safi Rania Diamond, diperhebat dengan Hyaluronic Acids ini membersihkan wajah dengan mendalam, membuatkan kulit bersih,anjal dan lembut dengan berkesan.

“Formulasi Nano Diamond Technology mengandungi whitenol yang berfungsi untuk mencerahkan wajah. Ia amat sesuai untuk kulit wajah saya kerana formulasi produk yang bersesuaian dengan PH kulit wajah wanita berusia 40 tahun keatas dan semestinya bebas alkohol,"katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment