BOCEY TERIMA PELBAGAI TAWARAN UNTUK KEKAL POPULARITI?


BOCEY TERIMA PELBAGAI TAWARAN UNTUK KEKAL POPULARITI? | KUALA LUMPUR 14 OGOS 2014: Kumpulan lawak yang semakin dikenali ramai iaitu Bocey akui menerima pelbagai tawaran lakonan mahupun program TV namun bergantung jadual mereka sama ada ianya sesuai atau pun tidak.

Bocey yang dianggotai 3 orang jejaka sawo matang iaitu Fard, Abam dan Achey merasakan tidak salah untuk menerima sebarang tawaran sekiranya ia masih tidak menganggu urusan harian mereka.

“Tidak timbul isu yang kami tamakkan tawaran dan mengambil sikap pilih bulu terutama dalam program-program TV, sekiranya peluang itu bersesuaian maka kami lakukan yang terbaik untuk peminat kami, “ kata Fard yang ditemui Murai di Majlis Pra Tonton Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (KAMDRS) di Mutiara Damansara.

Menurut Fard lagi, Bocey tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan disebabkan itulah, Bocey mudah bergerak ke mana-mana dan membuat pilihan tawaran dengan perbincangan mereka bertiga.

Sekiranya tawaran yang diterima melibat salah seorang daripada ahli kumpulan Bocey ia juga tidak menjadi masalah, dan menganggap itu adalah rezeki yang diberikan olehNya.

Menyentuh mengenai Filem (KAMDRS), ia merupakan penampilan sulung Bocey dalam filem dan tawaran diterima ketika mereka masih lagi dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013.

“Pada mulanya kami juga terkejut dan tidak menyangka begitu cepat mendapat tawaran untuk berlakon filem, bagaimanapun pengambaran ini banyak kali tertunda disebabkan kami menerima sokongan hebat ketika berada dalam gelanggang MLM 2013 sehingga meraih tempat ketiga,” ujar mereka.

Filem ini diarahkan oleh Hashim Rejab terbitan Mangkin Prestij. Filem yang bergenre komedi sera mini turut menampilkan pelawak lain iaitu Yassin SYJ dan Epi Kodiang yang mula ditayangkan pada hari ini iaitu 14 Ogos 2014.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment