KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2014: Jika kebiasaannya kaum hawa yang akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah hari raya, berbeza pula dengan penyanyi, Dato’ Fazley kerana dia akui tahun ini dia akan mengambil alih tugas kaum hawa itu.
Dato’ Fazley berkata dia sendiri yang berminat dan sudah merancang untuk memasak juadah istimewa khas buat keluarga dan tetamu yang bakal berkunjung ke rumah mereka kelak.
“Raya tahun ni, istimewa sedikit kerana saya snediri akan turut berada di dapur untuk menyediakan juadaha hari raya.
“Namun makanan seperti rendang, lemang, nasi himpit dan kuih-muih saya serahkan kepada isteri tetapi pencuci mulut saya yang akan buat khas untuk keluarga dan tetamu," katanya kepadamurai.com.my
Dalam perkembangan lain, Fazley bakal muncul dengan watak Dr. Nefario dalam filem Despicable Me 2 versi bahasa Malaysiayang akan ditayangkan pada 28 Julai depan menerusi saluran HBO (Astro 411).
0 comments :
Post a Comment