KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2014: Penyanyi Misha Omar akui teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pertama kali selepas bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly.
Misha berkata lebih mengujakannya Syawal ini dia akan beraya di rumah ibu mertuanya di Subang pada hari raya pertama. Kemudian barulah mereka sekeluarga pulang ke kampung ibu mertuanya yang terletak di Kampung Sega, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
“Tahun ini keterujaannya berbeza sebab saya beraya dalam suasana baru, sebagai isteri. Kalau dulu bujang, saya akan pulang beraya ke rumah keluarga di Kelantan.
“Tapi kali ini saya ikut suami pulang ke kampung ibunya. Suami saya diberi cuti dua hari,” katanya yang turut akan pulang ke Kelantan pada hari raya ketiga.
Sungguhpun dia dan keluarga mertuanya sudah saling mengenali dan kerap juga berjumpa, namun akui Misha dia tetap berasa gementar dan dalam masa yang sama teruja untuk mengenali sanak saudara di sebelah suaminya.
“Gementar juga tapi tidak lah terasa sangat. Sebab saya memang sudah kenal dengan keluarga suami. Dah tahu serba sedikit tentang keluarga dia,” jelasnya lagi.
Tentang perkembangan seni pula, Misha sedang menyiapkan rakaman album terbarunya. Album tersebut dijangka akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
0 comments :
Post a Comment