ISMAIL BOB HASHIM MAHU BEREHAT DARI BUAT FILEM

ISMAIL BOB HASHIM MAHU BEREHAT DARI BUAT FILEM

ISMAIL BOB HASHIM MAHU BEREHAT DARI BUAT FILEM | Pengarah filem popular Ismail Bob Hasim memberitahu dia mahu berehat seketika daripada membuat filem kerana industri perfileman tempatan sekarang ini semakin merudum.

"Sudah 16 filem saya hasilkan dan tiba masanya untuk saya merehatkan fikiran untuk mencari idea baru. Lagipun pasaran filem kita sangat teruk," katanya yang dipetik dari mStar.

Ismail Bob Hasim atau lebih mesra dengan panggilan Bob berkata, dia kini mahu fokus pada perniagaan pakaian di bawah jenama Republic Of Big (ROB) bersama rakan kongsinya Angah Raja Lawak.

"Selalunya orang bersaiz besar macam kami susah nak cari baju. Kalau ada pun, kami akan habiskan berates-ratus ringgit kerana tahu, selepas itu sukar untuk kami cari kedai yang menjual baju saiz besar.

"Dulu saya dan Angah pernah ke Bandung, Indonesia dan Vietnam, kononnya ikut cakap orang baju-baju di sana murah, tetapi apabila sampai di sana, langsung tiada baju saiz kami.

"Teringin juga nak melaram mengikut fesyen-fesyen terkini, takkan asyik nak cari baju di kedai bundle sahaja. Sebab itu kami mencari penyelesaian dengan menubuhkan ROB."

Tambah Bob, buat permulaan ini sebanyak 45 rekaan diperkenalkan dan ia boleh didapati bermula dari saiz S sehingga XXXXXXL dengan harga yang amat berpatutan iaitu dari RM49.90 sehingga RM159.90, dan ia boleh dibeli terus melalui 'online' di www.rob.com.my.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment