NAYA RIVERA KINI BERGELAR ISTERI
NAYA RIVERA KINI BERGELAR ISTERI | Aktres siri muzikal "Glee", Naya Rivera membuat kejutan apabila dia mengahwini aktor Ryan Dorsey, tiga bulan selepas putus tunang dengan penyanyi rap Big Sean.
Dipetik dari People, Rivera dan Dorsey telah berkahwin pada 19 Julai lalu di Cabo San Lucas, Mexico, dan majlis mereka dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
"Kami benar-benar rasa dirahmati apabila disatukan sebagai suami dan isteri. Hari istimewa kami telah ditakdirkan dan tiada apa lagi yang kami inginkan," ujar pasangan ini.
Rivera dan Dorsey telah mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu di Los Angeles. Hubungan mereka semakin intim selepas aktres berusia 27 tahun itu berpisah dengan Big Sean.
Sebelum itu, Rivera dan Big Sean telah bersama lebih daripada setahun selepas penyanyi tersebut membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka.
"Selepas berfikir masak-masak, Sean telah membuat keputusan sukar dengan membatalkan perkahwinan mereka. Sean mengucapkan selamat berjaya kepada Naya dan berharap mereka dapat menyelesaikan isu mereka secara peribadi," ujar jurucakap Big Sean sebelum ini.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini!



0 comments :
Post a Comment