LAWAK JASON BIGGS TENTANG MAS MH17 DIKRITIK RAMAI

LAWAK JASON BIGGS TENTANG MAS MH17 DIKRITIK RAMAI

LAWAK JASON BIGGS TENTANG MAS MH17 DIKRITIK RAMAI | Ketika seluruh dunia terkejut dengan insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia kerana dipercayai telah ditembak, aktor Jason Biggs pula membuat keputusan untuk berjenaka di laman sosial Twitter.

"Ada sesiapa yang mahu membeli mata ganjaran program frequent flier Penerbangan Malaysia saya?" kata aktor ini, diikuti dengan "Bagaimana anda boleh tersilap menembak kapal terbang komersial? Sudah tentu ia sangat menyedihkan buat mangsa dan keluarga. Namun MalaysiaAirlines dilihat seperti syarikat penerbangan terbaik. Pasti akan mengambil masa untuk pulih."

Gurauan Biggs walaubagaimanapun mendapat kritikan ramai yang sedih dengan kejadian tersebut yang dipercayai telah mengorbankan 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Namun aktor "Orange Is The New Black" ini membalas kritikan tersebut dan memberitahu ia hanya satu gurauan.

"Ianya sangat mengarut jika anda merasakan saya tiada perasaan simpati terhadap mangsa atau keluarga mereka hanya kerana saya melakukan gurauan. Anda hanya mencari kesalahan untuk melepaskan marah," katanya.

Aktor berusia 35 tahun ini turut memberitahu dia akan memilih untuk berhadapan dengan tragedi menerusi jenaka.


Anyone wanna buy my Malaysian Airlines frequent flier miles?
— Jason Biggs (@JasonBiggs) July 17, 2014

In all seriousness, tho- HOW DO YOU MISTAKENLY SHOOT DOWN A COMMERCIALPLANE?! Ugh.
— Jason Biggs (@JasonBiggs) July 17, 2014

It's saddest for the victims and their families, obviously. But Malaysia Airlines is apparently a GREAT airline. Gonna be tough to recover.
— Jason Biggs (@JasonBiggs) July 17, 2014

The idea that I wouldnt have any empathy 4 the victims or their families because I make a joke is absolutely ridiculous. U know that, right?
— Jason Biggs (@JasonBiggs) July 17, 2014

Truly- you losers are literally trying to find shit to get angry about. Channel your issues elsewhere.
— Jason Biggs (@JasonBiggs) July 17, 2014
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment