ZUL HUZAIMY MASIH BERAHSIA MENGENAI KEKASIH
ZUL HUZAIMY MASIH BERAHSIA MENGENAI KEKASIH | Pernah didakwa menjalinkan hubungan percintaan dengan isteri orang, aktor Zul Huzaimy dan juga kini bergelar seorang pengarah enggan mengulas lanjut mengenai hubungan dengan kekasih hatinya itu.
Menurut laporan Malaysian Digest, Zul yang kini sedang sibuk mengarahkan sebuah drama bersiri menjelaskan kontroversi yang melanda hubungan mereka sedikit pun tidak memberikan kesan negatif malahan hubungan mereka bertambah baik.
"Hubungan kami okay. Saya tak mahu lah bercerita lebih. Kalau saya buka mulut, takut disalah tafsir pula.
"Nanti bila saya sudah sedia, saya akan kongsikan. Sekarang ni saya belum ada apa-apa nak cakap lagi," katanya yang enggan memberikan sebarang komen kerana khuatir disalah erti oleh segelintir pihak.
Dalam pada itu, Zul turut memberitahu mengenai perancangannya untuk berkunjung ke rumah kekasihnya itu pada Aidilfitri nanti.
Zul enggan menceritakan kisah lanjut mengenai hubungan dengan kekasihnya.
Menyentuh mengenai perkembangan kerjayanya, Zul kini sedang sibuk berlakon dan mengarahkan drama bersiri 26 episod berjudul "Kerambit" yang akan ditayangkan melalui saluran RTM.
"Saya sedang mengarah drama episod, ala-ala Gerak Khas tapi yang ini tentang bekas komando. Drama ini terbitan Suhan Movies. Saya pun turut berlakon dalam drama ini," ujarnya pada portal berkenaan.
Selain memberikan perhatian pada penggambaran drama yang giat dilakukan pada waktu malam berikutan waktu Ramadan, Zul juga akan menjalani penggambaran sebuah dokumentari mengenai tokoh-tokoh seniman negara.


0 comments :
Post a Comment