LIYANA JASMAY TOLAK TAWARAN PRODUK PELANGSING KERANA JAMU

LIYANA JASMAY TOLAK TAWARAN PRODUK PELANGSING KERANA JAMU

LIYANA JASMAY TOLAK TAWARAN PRODUK PELANGSING KERANA JAMU | KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Kerana sudah mengamalkan pengambilan jamu sejak berusia 17 tahun, pelakon popular Liyana Jasmay,26 tidak mengalami sebarang masalah untuk mengambil minuman tradisi itu ketika sedang dalam pantang.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan cahayamata pertamanya, Sofia Arissa, kesihatannya dan anaknya itu telah dijaga rapi oleh seorang bidan yang sebelum ini turut berkhidmat menjaga kakaknya.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi, Liyana Jasmay berkata kehadiran bidan berkenaan selama dua bulan bersama-samanya sangat membantu bukan sahaja untuk menjaga bayinya ketika diperlukan, malah berjaya mengembalikan bentuk badannya.

“Memang sejak saya berusia 17 tahun lagi saya sudah mula disuruh oleh mama saya untuk minum jamu dan sejak itu saya sudah terbiasa.

“Selepas melahirkan Sofia juga, saya tak lepas minum jamu termasuk berurut dan bertungku dengan seorang bidan sama yang telah menjaga kakak saya sebelum ini. Alhamdulillah hasilnya sangat memberangsangkan.

“Sepanjang dua bulan bidan itu menjaga saya, waktu tidur saya terjaga, saya tak penat dan selama itu juga saya mengamalkan rawatan tradisi daripadanya seperti urut dan bertungku.

“Oleh kerana itu berat badan saya berkurangan, bentuk badan kembali dengan baik, tiada lemak dan urat-urat di badan saya juga kembali seperti biasa,” katanya berkongsi rahsia.

Kerana percayakan dengan rawatan serta pengambilan ubat-ubatan tradisional, Liyana Jasmay berkata dia sanggup mengetepikan sebarang tawaran produk pelangsingan badan moden yang datang kepadanya.

Katanya, dia lebih mempercayai rawatan tradisional berbanding rawatan moden, apatah lagi kebelakangan ini sudah ramai wanita asing dan bukan berbangsa Melayu yang turut mengamalkan rawatan tradisionla ketika dalam tempoh pantang.

“Walaupun sekarang bidan itu tidak lagi menjaga saya, tapi saya masih mengamalkan pantang larang tradisional kerana menurut mama saya dan bidan itu sendiri kesan rawatan tradisional akan memberi kesan yang baik bagi seseorang wanita selepas usia 40-an. Saya percaya.

“Kini meskipun saya tidak mencapai berat badan 43 kilogram seperti sebelum hamil, tapi saya sangat berpuas hati kerana suami dan keluarga saya turut memuji bentuk badan saya yang sudah kembali kurus,” katanya yang akan mengikuti kelas senaman pilates selepas Aidilfitri nanti.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment