SHUBA MARI MENARI ANTARA MANGSA NAHAS M17
SHUBA MARI MENARI ANTARA MANGSA NAHAS M17 | KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2014: Jika anda masih mengingati program realiti tarian Mari Menari terbitan Astro, anda tentu ingat dengan pasangan anak-beranak MM Jaya yang bertanding dalam Mari Menari musim pertama.
MM Jaya menggabungkan pasangan anak beranak Jaya dan anak perempuan Shuba.
Namun, dari perkhabaran yang Murai terima tengahari tadi, Shuba bersama suaminya Paul dan anak perempuan mereka, Kaela adalah antara mangsa kepada nahas MH17 yang terhempas di Ukraine tengah malam semalam.
Perkara ini disahkan menerusi Instagram milik Khairul Azhar Mohtar (kerolmohtar) yang merupakan guru tarian kepada Shuba dan bapanya dalam program Tari Menari.
Mengikut jadual asal, Shuba bersama suami dan anak sepatutnya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur menerusi pesawat Malaysia Airlines, MH17. Pesawat itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi.
Namun sewaktu memasuki ruang udara Ukraine, pesawat jenis Boeing 777-200 itu telah dikatakan terhempas di Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia dipercayai ditembak menurut laporan dari kerajaan Ukraine.
Laporan memetik yang kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat tersebut telah maut dalam tragedi itu. Shuba bersama keluarganya adalah antara 43 orang warganegara Malaysia yang telah dikenalpasti terbabit kemalangan tersebut.
Menerusi Instagram Khairul Azhar Mohtar, dia telah menulis seperti berikut:
Rest in peace my dear Shuba... #mh17 Shuba sntiasa dlm ingatan dan kenangan saya... Shuba antara pasangan peserta dibawah koreografi saya sewaktu Astro Mari Menari musim pertama berganding dgn ayahnya uncle jaya... Dia, suaminya paul, dan anaknya kaela antara mangsa tragedi mh17... Rest in peace my dear frenz n student. No more chatting after this...
Kami di sini warga Murai turut ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga Shuba serta semua mangsa nahas tragedi yang menyayat hati ini. Semoga anda semua tabah berhadapan dengan situasi duka yang melanda Malaysia ketika ini.
0 comments :
Post a Comment