'ADNAN SEMPIT SAWADIKAP' SEKUEL TERAKHIR?


Seakan ingin mengulangi kejayaan filem siri "Adnan Sempit" sebelum ini, Metrowealth (MIG) sekali lagi menampilkan filem sekuel keempat bagi filem tersebut yang berjudul "Adnan Sempit Sawadikap" yang bakal ditayangkan minggu kedua Aidilfitri nanti.

Mengekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Samsudin, filem ini menjanjikan keistimewaan kerana menjalani hampir 95% penggambarannya di sekitar kotaraya Bangkok, Thailand.

Bercakap pada majlis pelancaran di TGV Sunway Piramid baru-baru ini, Mejar (K) David Teomelahirkan rasa syukurnya ke atas pelancaran filem terbitannya yang ke-97 ini.

"Filem "Adnan Sempit Sawadikap" ini merupakan filem MIG yang ke-97 dan hanya tinggal tiga buah filem sahaja lagi untuk memasuki angka yang ke-100.


"Saya juga berharap semoga filem ini dapat ditonton oleh semua bersama keluarga pada sambutan hari raya nanti agar dapat mengeratkan lagi talian kekeluargaan," katanya yang mengharapkan sambutan memberangsangkan untuk filem tersebut.

Mewakili Ismail Bob Hasim selaku pengarah filem ini, David memaklumkan bagi pihak Bob yang mengharapkan agar sambutan yang diberikan penonton terhadap filem ini berjalan lancar dan baik-baik belaka serta mencapai kutipan box-office.

Dalam pada itu, David juga mengakui industri perfileman tempatan agak suram berikutan sambutan yang kurang memberangsangkan dari peminat dan penonton dan mengharapkan agar filem ini boleh diterima ramai seperti filem pertama "Adnan Sempit" mula ditayangkan dahulu.

"Mungkin ini adalah filem sekuel yang terakhir dan tidak akan disambung semula, namun jika sambutan dan sokongan yang diberikan kuat kita akan teruskan dengan sambungan yang lebih mantap," jelasnya.



Selain mengekalkan pelakon sedia ada, filem ini juga bakal menyaksikan lakonan Lalisa Santirod dan beberapa orang lagi yang merupakan pelakon Thailand.

Menyentuh sedikit mengenai perjalanan cerita ini, Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa yang ingin ke Bangkok sambil berhibur dan menguruskan bisnes di sana akhirnya membawa kepada kehilangan bayi Adnan di sana. 

Adakah bayi tersebut telah diculik oleh seseorang? Nantikan di pawagam pada 7 Ogos nanti!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment